Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan/Maklumbalas

Peta Laman

Laman Web Rasmi
Lembaga Penasihat
JABATAN PERDANA MENTERI

Pengumuman | Hebahan

TIADA PENGUMUMAN BUAT MASA INI

Pengenalan Lembaga Penasihat

Lembaga Penasihat ditubuhkan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1960 selaras dengan penggubalan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. 

 

Dalam setiap persidangan, Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang anggota serta dibantu oleh seorang setiausaha/penolong setiausaha. 

 

Kesemua Pengerusi dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dari kalangan mereka yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.  

 

Lembaga Penasihat adalah merupakan sebuah jabatan yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri.

 

Organisasi Lembaga Penasihat terdiri daripada Pejabat-Pejabat Pengerusi, Unit Khidmat Pengurusan dan Unit Keurusetiaan. 

 

Unit yang mempunyai peranan langsung dengan operasi dan objektif utama Lembaga Penasihat adalah Unit Keurusetiaan.

Lembaga Penasihat

Pengumuman | Hebahan

TIADA PENGUMUMAN BUAT MASA INI

Objektif Lembaga Penasihat

  • Mempertimbangkan representasi Orang Tahanan yang ditahan di bawah ADB (LLPK) 1985/ APJ 1959 / APK 2015 dan membuat syor kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa 3 bulan dari tarikh penerimaan representasi dari Orang Tahanan atau dalam tempoh lebih lama yang dibenarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 
     

  • Membuat Kajian semula ke atas Perintah Tahanan, Pelanjutan Perintah Tahanan, Penggantungan Perintah Tahanan, Penggantungan Pelanjutan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan dan Pelanjutan Perintah Sekatan bagi kes id bawah ADB (LLPK) 1985. Kajian Semula  dibuat selepas 12 bulan dari Perintah Tahanan dan Sekatan dan tidak lewat daripada 3 bulan sebelum tamat tempoh tahanan dan sekatan tersebut.
     

  • Mengemukakan laporan bertulis kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes representasi.
     

  • Mengemukakan laporan bertulis kepada YB Menteri Dalam Negeri yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes kajian semula.

 

Pautan Agensi Berkaitan
Pautan Luar
Hubungi Kami

Lembaga Penasihat
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7 & 8, Blok C3
Kompleks C
62502 Putrajaya
Telefon    : 03-8000 8000
Faksimili : 03-88883776 @ 03-88892281
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Imbas QR-Code
QR-Code dieser Seite