Tiga undang-undang yang membenarkan penahanan seseorang dengan tujuan untuk mencegah:-
Sama ada orang tahanan itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya dan perlu ditahan demi kepentingan ketenteraman awam.
Setelah menimbangkan laporan pegawai penyiasat dibawah Seksyen 10 dan hasil kajian semula di bawah Seksyen 11, Lembaga Pencegahan Jenayah boleh mengarahkan mana-mana orang yang berdaftar ditahan di bawah satu Perintah Tahanan tidak melebihi dua (2) tahun dan boleh diperbaharui untuk tempoh dua (2) tahun lagi pada satu-satu masa, jika Lembaga Pencegahan Jenayah berpuas hati bahawa tahanan tersebut perlu untuk kepentingan awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.
Sama ada penahanan orang tahanan bertujuan hendak mencegah orang itu daripada melakukan perbuatan dengan apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam; atau adalah perlu untuk menghapuskan kekerasan; atau mencegah jenayah yang melibatkan kekerasan.