Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan/Maklumbalas

Peta Laman

Laman Web Rasmi
Lembaga Penasihat
JABATAN PERDANA MENTERI


Mengenai Laman Web Lembaga Penasihat

Laman web Lembaga Penasihat bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat ringkas mengenai Lembaga Penasihat kepada masyarakat khususnya untuk pengetahuan pegawai dan kakitangan kerajaan.  


Laman Web ini menerangkan tentang fungsi dan peranan Lembaga Penasihat agar masyarakat mendapat kesedaran dan pengetahuan kedudukan sebenar mengenai undang-undang pencegahan.


Lembaga Penasihat ditubuhkan di bawah Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Pencegahan yang terlibat dengan Lembaga Penasihat adalah seperti berikut :

 

I.  Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah                    Pencegahan Khas)1985 [ADB (LLPK) 1985]


II.  Akta Pencegahan Jenayah 1959 [APJ 1959]


III. Akta Pencegahan Keganasan 2015 [APK 2015]


Lembaga Penasihat merasakan kesedaran dan pengetahuan mengenai kewujudan dan signifikan Lembaga Penasihat dalam undang-undang pencegahan wajar disedari umum. 


Kurangnya maklumat mengenai proses undang-undang pencegahan telah menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan orang awam kepada undang-undang yang telah lama wujud ini. 




 

Keyakinan dan persepsi rakyat juga sangat penting untuk melihat dan mengetahui bahawa Lembaga Penasihat adalah badan bebas yang melapor terus kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan baginda akan mengeluarkan perintah kepada Menteri mengenai penahanan yang telah dibuat ke atas Orang Tahanan terbabit oleh Menteri. 


Dengan keyakinan dan kefahaman yang betul mengenai kedudukan Lembaga Penasihat, pasti Lembaga Penasihat akan dapat menjalankan peranan dan fungsinya dengan lebih berkesan dan berwibawa. 


Keadaan ini selaras dengan  pesanan dan harapan Almarhum Tun Abdul Razak Bin Dato Husien, terhadap undang-undang pencegahan ketika berucap di akhir penggulungan pembentangan Rang Undang-Undang mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, pada hari Rabu 22 Jun 1960 di Dewan Rakyat:- 


“Sir, no one can predict the future, history alone can tell; but I am of the firm conviction that if we pass this Bill today our children and grandchildren will be very thankful for our foresight, our forethought, for taking measures to protect our young nation and our new State and for taking measures to make democracy safe in this country and taking measures to make this country a healthy place for them to live in the years to come.”


Lembaga Penasihat akan terus melaksanakan peranan dan fungsinya sebagaimana awal kelahirannya pada tahun 1960 secara adil dan saksama bagi memastikan keadilan dan perlindungan serta hak di bawah undang-undang pencegahan terus ditegakkan dan dilaksanakan menurut Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.