Lembaga Penasihat komited untuk mendengar representasi dan mengulangkaji kes-kes penahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh akta-akta tersebut.
Lembaga akan melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh jujur, adil dan saksama supaya orang-orang tahanan dan sekatan diberikan hak pendengaran yang sewajarnya terhadap Perintah Tahanan dan Sekatan yang dikenakan ke atas mereka.