Mempertimbangkan representasi Orang Tahanan yang ditahan di bawah ADB (LLPK) 1985/ APJ 1959 / APK 2015 dan membuat syor kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa 3 bulan dari tarikh penerimaan representasi dari Orang Tahanan atau dalam tempoh lebih lama yang dibenarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Membuat Kajian semula ke atas Perintah Tahanan, Pelanjutan Perintah Tahanan, Penggantungan Perintah Tahanan, Penggantungan Pelanjutan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan dan Pelanjutan Perintah Sekatan bagi kes id bawah ADB (LLPK) 1985. Kajian Semula dibuat selepas 12 bulan dari Perintah Tahanan dan Sekatan dan tidak lewat daripada 3 bulan sebelum tamat tempoh tahanan dan sekatan tersebut.
Mengemukakan laporan bertulis kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes representasi
.
Mengemukakan laporan bertulis kepada YB Menteri Dalam Negeri yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes kajian semula.